Thursday, June 11, 2009

Rumah Panjang


Pernah tak anda semua tengok, melawat atau tinggal di rumah panjang? Di Sarawak, hampir semua penduduk suku kaum iban yang tinggal di kawasan pedalaman tinggal di rumah panjang. Pernah juga orang bertanyakan saya, "orang iban tinggal di atas pokok kah?" Saya hanya mampu tersenyum apabila diajukan soalan sedemikian. Nak tahu jawapan bagi soalan tersebut..anda lihatlah gambar dii sebelah. Masih tak percaya?? Datanglah dan lihatlah dengan mata kepala anda sendiri. Sesebuah rumah panjang mempunyai puluhan atau lebih buah bilik yang mana setiap bilik dihuni oleh satu keluarga. Disebabkan di kawasan pedalaman, penduduk rumah panjang belum menikmati kemudahan bekalan elektrik, namun penduduk menggunakan generator sendiri untuk masalah tersebut. Generator selalunya hanya digunakan pada waktu malam sahaja bagi mendapatkan bekalan elektrik untuk menghidupkan lampu kalimantan bagi menerangi kegelapan malam. Dapatkah anda membayangkan kehidupan di rumah panjang???

No comments:

Post a Comment