Monday, June 15, 2009

Jeram Pelagus-Kapit


Pertama kali saya pergi ke hulu sungai Batang Rejang, perkara pertama yang saya risaukan ialah terpaksa melalui jeram Pelagus. Sebelum ini, saya hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut orang ramai berkenaan jeram Pelagus. Kebanyakan cerita yang saya dengar menceritakan jeram tersebut berbahaya dilalui terutamanya pada musim kemarau dimana air sungai Batang Rejang langkang (cetek). Gambar diatas menggambarkan keadaan air langkang (cetek) di Jeram Pelagus. Risiko yang amat ditakuti semasa melalui jeram ini ialah bot karam kerana arus yang deras dan laluan yang merbahaya disebabkan batu-batu besar. Keadaan ini menyebabkan ramai yang terkorban. Cerita-cerita sebegini menambahkan rasa khuatir saya apabila melalui jeram ini. Namun demikian, setelah berkali-kali merasakan pengalaman melalui jeram ini dengan menggunakan bot ekpress atau perahu panjang ianya memberikan satu keseronokan dan kepuasan. Anda semua bolehlah mencuba pengalaman seperti yang saya rasakan, untuk pengetahuan anda semua disini ada sebuah resort "Pelagus Resort". Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan disini. Saya lebih gemar dengan aktiviti menjala ikan..bolehlah BBQ. Seronok Tau.......apa tunggu lagi..Pelagus memanggil anda semua.

No comments:

Post a Comment