Monday, June 15, 2009

Picnic, Mandi Manda di sungai..


Kawasan pedalaman memang menjanjikan keindahan dan kesegaran alam sekitar yang kaya dengan flaura dan fauna. Kawasan pedalaman juga merupakan tempat yang paling sesuai bagi seseorang yang inginkan ketenangan. Bagi yang menggemari aktiviti mandi manda, berkelah dan menangkap ikan, di kawasan ini tidak menghampakan anda. Sungai-sungai dikawasan ini masih bersih dan jernih. Dapatkah anda bayangkan...keseronokan ketika mandi manda di sungai yang bersih dan jernih? Selain itu anda bolehlah menghidupkan api untuk membakar ikan, kepak ayam untuk dimakan sebagai pengalas perut disamping menikmati keseronok mandi manda. Ayuh...selamilah keindahan yang terdapat di kawasan pedalaman.

No comments:

Post a Comment