Friday, June 12, 2009

aktiviti masa lapang

Banyak aktiviti yang menyeronokan yang boleh dilakukan pada masa lapang di kawasan pedalaman, diantaranya ialah seperti menjala ikan, memancing, memburu, berkelah dan banyak lagi. Memancing dan menjala ikan merupakan aktiviti yang paling saya gemari, ianya memberikan kepuasan kepada saya walaupun terpaksa berpanas terik di bawah matahari dan kadangkalanya basah kuyup melawan hujan. Aktiviti-aktiviti sebegini kebiasaannya dilakukan setelah selesai melakukan kerja-kerja harian. Selain daripada mengisi masa lapang yang terluang, aktiviti sebegini juga dapat memdatangkan rezeki dan menghilangkan tekanan setelah melakukan kerja-kerja harian. Sekiranya anda minat memancing, kawasan pedalaman masih boleh menjanjikan anda hasil yang boleh dikatakan lumayan. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan mendapat ikan yang harga pasaran nya mencecah ratusan ringgit. Ermmm....ada tak anda semua teringin merasakan kehidupan di kawasan pedalaman?? Jauh perjalanan luas pengetahuan banyak pengalaman.

No comments:

Post a Comment