Thursday, June 11, 2009

Perahu Panjang


Perahu panjang merupakan pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk rumah panjang di kawasan pedalaman. Hampir semua penduduk rumah panjang menggunakan pengangkutan ini kerana tiadanya jalan raya yang menghubungkan rumah panjang dengan rumah panjang yang lain dan menghubungkan rumah panjang dengan pekan atau bandar bagi mendapatkan keperluan harian. Kenaikan harga minyak tempoh hari merupakan satu kejutan yang amat membebankan penduduk yang menggunakan pengangkutan ini. Menggunakan pengangkutan ini memberikan satu keseronokan bagi saya walaupun kadangkala ianya memenatkan sekira air sungai cetek terutamanya musim kemarau. Pernahkah anda mempunyai pengalaman menggunakan pengangkutan ini??? Sekiranya tak pernah..nak tak merasai pengalaman menggunakan pengangkutan ini??

No comments:

Post a Comment