Kawasan pedalaman memang menjanjikan keindahan dan kesegaran alam sekitar yang kaya dengan flaura dan fauna. Kawasan pedalaman juga merupakan tempat yang paling sesuai bagi seseorang yang inginkan ketenangan. Bagi yang menggemari aktiviti mandi manda, berkelah dan menangkap ikan, di kawasan ini tidak menghampakan anda. Sungai-sungai dikawasan ini masih bersih dan jernih. Dapatkah anda bayangkan...keseronokan ketika mandi manda di sungai yang bersih dan jernih? Selain itu anda bolehlah menghidupkan api untuk membakar ikan, kepak ayam untuk dimakan sebagai pengalas perut disamping menikmati keseronok mandi manda. Ayuh...selamilah keindahan yang terdapat di kawasan pedalaman.
Monday, June 15, 2009
Jeram Pelagus-Kapit
Pertama kali saya pergi ke hulu sungai Batang Rejang, perkara pertama yang saya risaukan ialah terpaksa melalui jeram Pelagus. Sebelum ini, saya hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut orang ramai berkenaan jeram Pelagus. Kebanyakan cerita yang saya dengar menceritakan jeram tersebut berbahaya dilalui terutamanya pada musim kemarau dimana air sungai Batang Rejang langkang (cetek). Gambar diatas menggambarkan keadaan air langkang (cetek) di Jeram Pelagus. Risiko yang amat ditakuti semasa melalui jeram ini ialah bot karam kerana arus yang deras dan laluan yang merbahaya disebabkan batu-batu besar. Keadaan ini menyebabkan ramai yang terkorban. Cerita-cerita sebegini menambahkan rasa khuatir saya apabila melalui jeram ini. Namun demikian, setelah berkali-kali merasakan pengalaman melalui jeram ini dengan menggunakan bot ekpress atau perahu panjang ianya memberikan satu keseronokan dan kepuasan. Anda semua bolehlah mencuba pengalaman seperti yang saya rasakan, untuk pengetahuan anda semua disini ada sebuah resort "Pelagus Resort". Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan disini. Saya lebih gemar dengan aktiviti menjala ikan..bolehlah BBQ. Seronok Tau.......apa tunggu lagi..Pelagus memanggil anda semua.
Friday, June 12, 2009
aktiviti masa lapang
Banyak aktiviti yang menyeronokan yang boleh dilakukan pada masa lapang di kawasan pedalaman, diantaranya ialah seperti menjala ikan, memancing, memburu, berkelah dan banyak lagi. Memancing dan menjala ikan merupakan aktiviti yang paling saya gemari, ianya memberikan kepuasan kepada saya walaupun terpaksa berpanas terik di bawah matahari dan kadangkalanya basah kuyup melawan hujan. Aktiviti-aktiviti sebegini kebiasaannya dilakukan setelah selesai melakukan kerja-kerja harian. Selain daripada mengisi masa lapang yang terluang, aktiviti sebegini juga dapat memdatangkan rezeki dan menghilangkan tekanan setelah melakukan kerja-kerja harian. Sekiranya anda minat memancing, kawasan pedalaman masih boleh menjanjikan anda hasil yang boleh dikatakan lumayan. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan mendapat ikan yang harga pasaran nya mencecah ratusan ringgit. Ermmm....ada tak anda semua teringin merasakan kehidupan di kawasan pedalaman?? Jauh perjalanan luas pengetahuan banyak pengalaman.
Thursday, June 11, 2009
Rumah Panjang
Pernah tak anda semua tengok, melawat atau tinggal di rumah panjang? Di Sarawak, hampir semua penduduk suku kaum iban yang tinggal di kawasan pedalaman tinggal di rumah panjang. Pernah juga orang bertanyakan saya, "orang iban tinggal di atas pokok kah?" Saya hanya mampu tersenyum apabila diajukan soalan sedemikian. Nak tahu jawapan bagi soalan tersebut..anda lihatlah gambar dii sebelah. Masih tak percaya?? Datanglah dan lihatlah dengan mata kepala anda sendiri. Sesebuah rumah panjang mempunyai puluhan atau lebih buah bilik yang mana setiap bilik dihuni oleh satu keluarga. Disebabkan di kawasan pedalaman, penduduk rumah panjang belum menikmati kemudahan bekalan elektrik, namun penduduk menggunakan generator sendiri untuk masalah tersebut. Generator selalunya hanya digunakan pada waktu malam sahaja bagi mendapatkan bekalan elektrik untuk menghidupkan lampu kalimantan bagi menerangi kegelapan malam. Dapatkah anda membayangkan kehidupan di rumah panjang???
Perahu Panjang
Perahu panjang merupakan pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk rumah panjang di kawasan pedalaman. Hampir semua penduduk rumah panjang menggunakan pengangkutan ini kerana tiadanya jalan raya yang menghubungkan rumah panjang dengan rumah panjang yang lain dan menghubungkan rumah panjang dengan pekan atau bandar bagi mendapatkan keperluan harian. Kenaikan harga minyak tempoh hari merupakan satu kejutan yang amat membebankan penduduk yang menggunakan pengangkutan ini. Menggunakan pengangkutan ini memberikan satu keseronokan bagi saya walaupun kadangkala ianya memenatkan sekira air sungai cetek terutamanya musim kemarau. Pernahkah anda mempunyai pengalaman menggunakan pengangkutan ini??? Sekiranya tak pernah..nak tak merasai pengalaman menggunakan pengangkutan ini??
Thursday, June 4, 2009
Pengangkutan Yang Menghubungkan Sibu-Song-Kapit
Korang pernah tak ke Kapit??? Rugi tau kalau korang semua tak pernah pergi ke Kapit. Di Kapit banyak benda-benda yang dapat memikat hati korang semua.
Bot ekspress merupakan satu-satunya pengakutan yang digunakan ke Kapit dari Sibu. Perjalanan dari Sibu ke Kapit mengambil masa kira-kira 3 jam. Kalau korang nak ke Kapit menggunakan jalan darat yang bertar berkemungkinan besar anda akan sampai di Kapit dalam tahun 2020 kelak, tu pun mungkin sampai..kalau korang dapat sampai awal..anda la orang bertuah. Hehehehe..mungkin anda akan ter pikir..Kapit merupakan sebuah pulau??? Korang pikirla sendiri...datanglah ke Kapit.

Sentuhan Pertama
Hehehehehe...tak sangka arrhhh, aku boleh catatkan sesuatu kat blog aku sendiri. Lama dah buat rancang nak buat blog sendiri..tapi malas lebih kuat menguasai aku. Hahahahaha...sekarang aku boleh ketawa, tersenyum kerana aku sudah berjaya melawan perasaan malas yang menyelubungi aku selama ini.
Pertama kali dalam rancangan aku nak buat blog ini ialah, apa benda aku nak tulis, apa yang nak aku kongsi dengan para pembaca blog sekalian. Setiap kali pertanyaan itu terlintas di fikiran aku, setiap kali itu la aku terbayangkan keindahan yang terdapat di persekitaran aku. Blog aku bertemakan "Panggau Menua Ulu", korang nak tau gak ke maksud tema tu? Bagi yang berbangsa Iban saya jangkakan mereka memang 100% tahu maksud tema tersebut. Bagi mereka yang nak tau maksud tema tersebut leh la tanya ngan kekawan berbangsa Iban. Nak tau dari aku gak ker??? Boleh...tapi korang kena tunggu...
Ermmmmm..aku rasa segala yang tercatit dalam blog aku ni sekarang dan akan datang akan berkisar dengan tema blog aku ni...tak jauh lari punyer la. Ok la sekian buat waktu nie..
Calobete.......

Subscribe to:
Posts (Atom)